Baitulmal Selangor


Ruangan ini memberikan anda peluang untuk membincangkan permasalahan sekitar BAITULMAL SELANGOR, samada perkara yang berkaitan dengan zakat, harta wakaf, harta wasiat, barang yang hilang (yang disimpan di Baitulmal) dan sebagainya.

Luangkan seminit yang amat berharga untuk ruangan di bawah.
BAHAGIAN BAITULMAL, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
Bahagian Baitulmal/Zakat, Jabatan Agama Islam Selangor diasaskan serentak dengan penubuhan jabatan ini pada tahun 1945. Peranan utama yang dimainkan adalah untuk menguruskan pengumpulan dan pembahagian dan pengurusan zakat, wakaf, lebihan harta pusaka, harta yang tidak bertuan dan sebagainya.

Kini, setelah setengah abad penubuhan Bahagian Baitulmal/Zakat, pastinya masyarakat ingin memberikan satu pandangan dan komen tentang keberkesanan institusi ini.

Satu kajian dilakukan oleh seorang pelajar sarjana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi mengenalpasti sudut-sudut permasalahan yang dihadapi oleh rakyat negeri Selangor, terutamanya yang berkaitan dengan bidang kuasa Bahagian Baitulmal/Zakat, Jabatan Agama Islam Selangor. Sekiranya anda bukan anak kelahiran negeri Selangor, anda juga dijemput untuk mengisi guestbook di bawah.

Bagaimanapun, laman ini masih lagi dalam proses pembikinan dan akan di'update' selalu.

Sila kunjungi laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tentang Bahagian Baitulmal Selangor dan sebagainya...

Sila berikan sebarang komen, luahan perasaan, pandangan atau apa sahaja yang boleh menggembirakan anda tentang baitulmal Selangor di sini...

BUKU LAWATAN TATAP BUKU LAWATAN



Sila ke sini untuk mengisi 'questionnaire' tentang Baitulmal Selangor.

MENDAFTARLAH SEBAGAI AHLI KOMUNITI UNIVERSITI MU'TAH JORDAN
Khas untuk siswa-siswi dan graduan MU'TAH UNIVERSITY, JORDAN, anda dialu-alukan untuk menyertai MU'TAH UNIVERSITY COMMUNITY, satu jalinan e-mail yang dicipta untuk merapatkan hubungan ukhwah Islamiyah... juga, satu cara mudah untuk menyampaikan sebarang berita terkini kepada mereka yang jauh di mata dan dekat di hati.
Sila masukkan alamat e-mail anda
Powered by www.ONElist.com